11.8.09

Adakah hubungan anda sihat??

SEBELUM mengenalpasti jawapan kepada persoalan tersebut sebaiknya berfikir apakah elemen yang patut ada dalam sesebuah perhubungan yang sihat.

Justeru pakar psikologi berpendapat terdapat tujuh kualiti yang menjadi teras sebuah perhubungan yang sihat dan ia adalah seperti berikut:-

1) Rasa hormat - Adakah dia menganggap anda seorang yang cool dan kenapa?

Rasa hormat terhadap satu sama lain dalam satu perhubungan ialah secara asasnya tidak melebihi had dan batas yang tidak disukai oleh pasangan masing-masing. Ertinya sekiranya kita mengetahui tahap kebolehan pasangan tidak seperti yang diharapkan maka jangan jadikan alasan untuk menjatuhkannya. Pilihlah jalan terbaik dengan meninggikan rasa hormat terhadap satu sama lain.

2) Kepercayaan - Tidak mengapa untuk sesekali rasa cemburu tetapi jangan sampai menipu pasangan anda akan sesuatu perkara yang anda telah lakukan. Kepercayaan amat penting dalam satu hubungan kerana menerusi kepercayaan anda boleh melepaskan pasangan kepada dan ke mana sahaja dia mahu pergi. Dan jangan sesekali menggugat kepercayaan diberi kerana anda tidak mungkin lagi mudah mendapat kepercayaan yang amat berharga dari pasangan anda itu. Pasangan yang saling tidak mempercayai adalah tanda perhubungan yang tidak sihat.

3) Kejujuran - Ini perlu seiring dengan kepercayaan. Pernahkah anda menipu pasangan anda, sebagai contoh anda memberitahunya bahawa anda terpaksa bekerja pada malam Jumaat tetapi sebenarnya anda menonton wayang bersama kawan-kawan? Awas , adalah sukar jika anda benar-benar memerlukan kepercayaannya kerana dia telah mempunyai persepsi bahawa anda tidak jujur dalam perhubungan.

4) Sokongan - Sokongan perlu bukan sahaja masa senang tapi juga waktu susah. Ada pasangan yang boleh bahagia bila hidup senang namun tidak apabila terjadi sebaliknya. Dalam perhubungan yang sihat, pasangan harus bersedia menerima dan memberi galakan dalam apa juga perkara yang dirasakan mendatangkan kebaikan kepada mereka.

5) Kesaksamaan - Perhubungan yang baik perlu menerima dan memberi seadanya. Jika anda suka menonton saluran lain sebagai contoh saluran hiburan, tetapi pasangan mahu menonton perlawanan bola sepak yang digemarinya, bolehkah anda beralah? Dalam satu keadaan lain adakah anda boleh bergaul baik dengan rakan pasangan anda atau anda hanya akan seronok jika bertemu rakan anda sendiri? Memanglah lebih seronok bertemu rakan sendiri tetapi bertolak ansurlah supaya dia juga bertimbang rasa jika tiba masanya kelak.

6) Cuba meletakkan diri di tempat si dia - Dalam perhubungan yang sihat masing-masing mestilah berkompromi. Tetapi tidak bermakna anda tidak mempunyai pendirian diri. Anda tetap mempunyai keluarga, rakan, kegemaran dan hobi sendiri dan itu tidak akan berubah. Anda juga berhak menambah minat atau aktiviti baru dalam hidup, berkawan baru dan terus maju ke hadapan.

7) Komunikasi berkesan - Anda mungkin banyak kali mendengar cara percakapan lelaki dan wanita tidak sama dari segi maksud dan bahasa. Apa yang dimaksudkan di sini ialah apabila pasangan bercakap tidak ada apa-apa, semuanya okay adakah dia benar-benar maksudkan. Sebaiknya berterus teranglah tentang apa yang anda rasa. Gunakan perkataan yang baik, jangan membiarkan emosi menguasai diri. Sebaiknya berfikir sebelum anda bercakap. Jangan memaksa pasangan melakukan sesuatu yang dia tidak mahu.

Bagaimana pula menilai perhubungan yang tidak sihat?

Apabila pasangan di dalam hubungan tersebut tiada lagi rasa hormat, salah seorang terlalu mengongkong dan tindak tanduk yang di luar batasan.

Ada orang yang membesar dalam persekitaran yang tidak sihat, sebagai contoh, dia sering didera atau melihat bapa membelasah ibu sewaktu kecil. Penderaan tersebut merangkumi emosi, kata-kata dan perbuatan. Jadi perkara keganasan nampaknya seperti normal kepada dirinya, tidak sama sekali!

Sifat kebaikan dan hormat adalah kriteria utama untuk perhubungan sihat. Jika anda atau pasangan anda mempunyai latar belakang pahit seperti di atas sebaiknya merubah diri dengan berjumpa pakar psikologi atau terapi. Dalam pada itu jika pasangan bersikap tidak patut terhadap anda, jangan biarkan perkara itu terus berlaku atas nama cinta, kerana perhubungan yang sihat ialah yang harmoni dan tiada penganiayaan dalam apa jua bentuk. Dalam kebanyakan kes penganiayaan perhubungan, pemangsa mungkin akan menjelaskan kepada pasangan bahawa tindakan tersebut dibuat kerana sayang. Sebagai individu yang rasional ketahuilah perhubungan yang membuatkan hati anda terluka tentulah perhubungan yang tidak sihat.

Tiada siapa pun berhak dipukul, dimarah atau dipaksa melakukan sesuatu yang dia tidak mahu.

Tanya diri, adakah pasangan anda...

*marah jika anda tidak dapat meluangkan masa untuknya,

*mengkritik cara anda berpakaian dan bercakap yang anda bertuah kerana dapat memilikinya,

*tidak membenarkan anda bertemu atau bersembang dengan rakan lelaki atau perempuan,

*minta anda berhenti dari aktiviti yang anda gemari dan telah dilakukan selama ini,

*pernah cuba memukul ketika dia sedang marah,

*memaksa melakukan seks dengannya dalam keadaan anda tidak sedia.

Ini cuma beberapa soalan yang anda boleh tanya kepada diri anda sendiri, terdapat banyak lagi cara yang menunjukkan sesebuah perhubungan itu tidak sihat. Jika ini berlaku jangan pendam dan ceritakan kepada rakan karib atau ahli keluarga lain agar mereka tahu dan boleh memastikan anda selamat. Kini terdapat juga badan sukarela yang boleh membantu, jadi ambil inisiatif ke arah hubungan yang lebih sihat.

tips yg baik untuk yg dah kawen..

PERKAHWINAN adalah manifestasi cinta antara pasangan kekasih. Namun ironinya cinta di alam rumahtangga bukan sandaran yang kukuh untuk satu hubungan yang kekal hingga ke hujung nyawa.

Ia menagih begitu banyak pengorbanan, pengertian serta yang paling utama ialah kejujuran.

Dalam usaha memberi kefahaman itu kepada pasangan suami isteri seharusnya sikap kerjasama dan tolak ansur adalah penting dalam melayari hubungan rumah tangga.

Selain aspek kasih sayang, tanggungjawab, kewangan dan hubungan seksual juga mempengaruhi kebahagiaan hidup rumah tangga

"Setiap perhubungan mesti ada kerjasama, baru hidup berkekalan.

''Malah sikap terbuka dalam hubungan termasuk seks amat penting untuk mengekalkan hubungan."

Demikian menurut Perunding Psikologi dan Klinikal dan ahli fakulti Northwestern University Feinberg School of Medicine, Amerika Syarikat, Dr. Huang Wei Jen semasa memberi ceramah mengenai keintiman dan kebahagiaan pasangan dalam melayari rumahtangga.

Katanya, masalah intim dapat dilihat menerusi pelbagai aspek. Ia mungkin di sebabkan oleh masalah psikologi, rohaniah dan kebatinan serta tindak balas fizikal yang membuatkan kita memerlukan hubungan intim dalam perhubungan.

Jelasnya, intim di sini bukan bermaksud melakukan hubungan seksual, tetapi cara berinteraksi dan tindak balas dalam sesebuah perhubungan.

''Yang paling utama kita sebagai pasangan perlulah berkongsi hidup sama ada dari segi intelektual, sosial, emosional, kerohanian dan kebatinan serta fizikal.

Begitu juga dalam memenuhi kehendak seksual, suami harus memainkan peranan dalam memastikan hubungan itu saling memberi kepuasan bagi kedua-dua pihak.

"Jadi, dalam mendapatkan kenikmatan itu, suami isteri harus bersama-sama bertanggungjawab memberi kepuasan," katanya.

Menurut Wei Jen, seks merupakan salah satu kehendak manusia yang perlu bagi tujuan murni iaitu meneruskan kesinambungan zuriat dan untuk pasangan menikmati hubungan manis dalam satu ikatan yang sah.

''Namun jangan jadikan seks segala-galanya dalam perkahwinan semata-mata tetapi suami harus memberi keutamaan dalam perkara yang lain dalam meneruskan bahtera tersebut.

Bercerita tentang tanggungjawab, suami sebenarnya mempunyai kuasa yang cukup besar, tidak semata-mata memberi nafkah batin, tetapi sebagai ketua atau pemimpin dalam sebuah keluarga.

Tanggungjawab kepimpinan dalam sebuah rumahtangga ada kaitan dengan pemberian nafkah batin dan zahir, sifat kekuatan jasmaniah, azam, keberanian, kesabaran dan berpandangan jauh dalam sebuah rumahtangga.

Katanya yang berpengalaman lebih 15 tahun dalam bidang psikologi klinikal, dalam melayari sebuah rumah tangga, pasangan digalakkan supaya sentiasa menjalin hubungan mesra, saling faham memahami dan sentiasa berbincang antara satu sama lain.

Lebih menarik, dalam meneruskan hubungan, sikap membelai-belai antara satu sama lain perlu diamalkan dalam hubungan suami isteri.

Malah pasangan juga digalakkan untuk berterus terang mengenai semua perkara.

''Sememangnya kita tidak mahu badai besar merempuh rumah tangga kita, oleh itu hanya melalui sikap berterus terang dan bersemuka adalah cara yang paling tepat.

''Berterus teranglah dengan pasangan kita, malah jadikan pasangan kita sebagai kawan karib kita yang boleh berkongsi suka dan duka yang berlaku pada diri kita.

''Apa jua krisis yang dihadapi, harungilah sebagai satu unit dan bukan secara individu,'' katanya.

Malah akuinya lagi, buatlah keputusan bersama dalam meneruskan bahtera perkahwinan.

Tambah Wei Jen, prinsip ini pernah memberi impak yang tinggi dalam rumahtangganya sendiri.

Komitmen yang mempersetujui sesuatu keputusan akan memaksa pasangan untuk bercerita secara mendalam dengan pasangan.

Namun jelasnya, ketidakupayaan suami isteri berkomunikasi secara efektif adalah punca menyebabkan timbul pelbagai masalah seperti buruk sangka di antara satu sama lain.

''Oleh itu, kurangkan sikap sering bergaduh, saling tidak mempercayai dan salah sangka antara pasangan,'' ujarnya.

"Sebenarnya komunikasi antara suami isteri merupakan satu proses yang bermula dari dalam diri individu itu sendiri.

"Melalui komunikasi, suami isteri boleh menyampaikan segala maklumat terpendam, impian, hasrat dan harapan.

''Malah dengan cara ini, ia akan mengurangkan perasaan salah sangka dan dendam yang boleh menghancurkan hati.

''Komunikasi berkesan akan melahirkan rasa intim antara suami isteri dan perasaan ini boleh mencetuskan rasa bahagia,'' tambahnya.

Jelasnya, hanya melalui perkongsiaan bersama, ia mampu menyelesaikan permasalahan.

''Cuba amalkan sebelum tidur, bercerita dan berkongsi dengan pasangan mengenai kejadian yang berlaku pada diri anda hari ini.

''Pastinya ada komen dan juga pandangan antara satu sama lain, malah ia juga boleh menghangatkan lagi perhubungan tersebut,'' akhiri ceramahnya pada hari itu.

10.8.09

ick suatu ketika dulu

rindunya aku saat2 ick kecik2 dulu..rs mcm nak ulang balik! eeeiii..geram betui aku dgn gelagat dia..sangat menghiburkan..smpai sekarang dia ttp noty!..semua gambar ni umo ick sekitar 1 thn 8bln-1 thn 1obln..ni pun sbb kebetulan aku ada save dlm laptop ni! yg time dia lg kecik ada dlm cd kat opis aku da..

sori na, gambar agak tak tersusun..cek malaih nak susun ikut umo!


mkn sampai terkangkang

tutup suis gn kaki! anak ibu sejibik!
perangai mcm ni smpai la ni dia dok buat! dok saja2 msti nak masukkan tgn kat montot! hahahaha

aksi tunggang basikal! ni pun sampai skrg dia dok bt..suka sgt main tayar moto!
dua beranak yg tak suka berbaju!

perangai dia ms kecik2 suka muncung mulut!

bergambar sendiri! suka ikut ibu ambik gmbr sendiri!

tenungan yg tajam!

nak posing, tp malu2!
berkampung dlm almari! pun smpai skrg! hehehe

EL

bangun pg td pegang badan ick panas semacam jer..mlm sblm tu ok jer..bwk pegi klinik mmg dah tak demam, cuma batuk n selsema..tp doctor bagi jugak ubat demam..tak isah la..ambik je la..lagipun bknnya mahal klinik tu charge!

t.hari tadi panas badan dia dah berkurang..ick pun lasak semacam! smpai berpeluh! alhamdulillah, anak aku dah sembuh w.pun selsema masih ada..baju mmg dia tak nak pakai..asik merungut panas jer..kalau masuk dalam bilik mesti nak suruh buka aircond dgn kipas..tak mo salah satu! bln ni mst bil melambung punya..tak kisah la, jji anak2 aku sihat n selesa..

tak best jgk kerap sgt aku EL..nnti bos besar kata ape lak..asik EL setiap bulan..hehehehe..

pssst, tgk menghitung hari n masa yg sesuai utk shopping baju raya! ingat nak kn apply cuti dgn abah ick 1 hari..nak settle segala perkara2 yg tertangguh lama..

6.8.09

DEMI CINTA-KERISPATIH

maaf ku telah menyakitimu
ku telah kecewakanmu
bahkan ku sia-siakan hidupku
dan ku bawa kau seperti diriku

walau hati ini trus menangis
menahan kesakitan ini
tapi kulakukan semua demi cinta

akhirnya juga harus kurelakan
kehilangan cinta sejatiku
segalanya telah kuberikan
juga semua kekuranganku

jika memang ini yang terbaik
untuk diriku dan dirinya
kan kuterima semua demi cinta

* jujur aku tak kuasa
saat terakhir ku genggam tanganmu
namun yang pasti terjadi
kita mungkin tak bersama lagi

** bila nanti esok hari
ku temukan dirimu bahagia
ijinkan aku titipkan
kisah cinta kita selamanya

repeat *
repeat **

5.8.09

ick yg suka nyanyi

noty boy

perangai ci abang pun hari ke hari ada perkembangan yg positif!

hihi..mcm2 dia belajar kat skolah..balik tu mula la dia ceqita..kadang2 lawak pun ada bila dengaq!

la ni dia suka sgt nyanyi..mcm2 lagu yg dia nyanyi..aku pun kn nyanyi dgn dia..klu dak, aku kn pukui dgn dia..ick ni garang ooo kat rumah..

percakapan pun dah bunyi pelat KL..klu dulu ckp mesti pelat kedah cow cow punya..ble dikatakan apa yg dia cakap semua bunyi pelat cni..kedah dah tenggelam, apa lg sabah..lg la dilupakan...huhuhu..ci abah pun dah tak ingat bahasa negeri sendiri..

ick skrg pun aku dah latih dia tak bg pakai pampers..alhamdulillah, dia ble kawai kencing,cuma kadang2 tu terkucil jgk! tp dah kira 90% dia dah ble kawai la..klu nak u'u pun kadang2 mmg dia msuk toilet sendiri..duduk sendiri..bila dah abih baru dia panggil aku atau abah dia..

pakai baju pun dah memilih..tak mau baju yg kita ambik..mesti dia nak ambik sendiri..pilih baju plk tu..bkn sebarangan baju..baju yg elok2 je yg dia nak pakai..demand jgk anak aku sorg ni..

klu bab sikat rambut mmg dia sendiri nak sikat..siap bergaya depan cermin..klu rs rambut tu tak basah, dia p ambik air, basahkan rambut! kadang2 mai mood dia rajin mula la dia nak buat rambut atomen..terpacak je rambut dpn tu..mcm balung ayam pun ada jgk aku tgk! bkn setakat rambut sendiri dia bt atomen, rambut adam pun dia tlg buat..adam nampak rimas je dgn gelagat abg dia! hahahahaha...

adam yg aktif

langkah-langkah adam untuk mengambil ini camera...

dia gagahkan bdn jgk nak capai camera!


sampai kembang hidung! hua hua hua

yeah..yeah..yeah..


oooooppppppssss...
anak ibu yg totomei..walaupun berat badan agak susut lepas demam minggu lepas, tp peha dia tetap berlipat!hihi..geram aku..hari2 kn gomol!
berat badan adam yang terkini 7.42kg..meningkat tau, bkn menurun..

4.8.09

selamat siang

selamat siang dong..

ble ka klu aku nak bt2 tak der keje kat opis ni sedangkan sbnrnya ada bnd yg aku kena bt..hahahaha..bos besar tak der arini..bos kecik ader..mintak2 la dia tak ganggu aku arini..hihihihi..ble ker aku keluarkan statement cam gini?? klu budak opis baca lingkup aku..hehehehe

mood keje tu ada sbnrnya tp aku ni tahap kemalasan tinggi sangat..arini sepatutnya ada jamuan untuk staf yg bertukar bln lepas..tp disebabkan ada perkara2 yg tak dapat dielakkan, jamuan tu ditunda ke hari kamis ni..wah..mkn free lagi..tambah dulat la aku ni jawabnya..

24.7.09

alahai puting susu

sebelum aku taip lebih lanjut..aku nak mintak maaf dulu kat sape2 yg baca blog aku n terasa hati..aku tak der niat nak singgung perasaan sesape..tp cuma nak share pengetahuan..

kemarin, mcm biasa aku ambik ick kat taska pastu aku terus bwk dia masuk dlm keta..masa kat dlm keta br aku perasan yg penutup puting dan puting susu yg ick tgh isap bukan yg ick punya..

aku tgk penutup puting tu mcm mencurigakan..aku tak bg dia isap..aku kata kat dia abg tak yah minum la susu tu..kotoq! tp dia nak jgk..mgkin sbb lapar sgt kot..dia kata mn ada kotoq ibu..aku nak larang dia byk2 pun buat bergaduh dgn dia je..sekali bila dah susu abih dia tunjuk kat aku..ibu..kotoq la..

sekali aku tgk blkg puting tu..dah bertahi lalat..hitam! kotor! lemak2 susu mak budak tu cuci tak abih! nak termuntah aku tgk! korang bayangkan la..serius! aku tak tipu! penutup puting tu telah la kotoq! puting tu pun lg kotoq!

aku bukan nak ckp ape la..bz sgt ke mak dia smpai tak ble nak cuci puting/botoi susu anak dgn elok sket! mahai sgt ke puting susu smpai tak ble nak beli yg baru..ish..ish..ish..aku terfikir balik..kita ni keje utk cari duit nak besarkan anak2..nak bg anak mkn benda yg berzat!bersih..tp bila tgk puting tu sj aku dah ble baca mcm mn keadaan rmh dia..hahahaha...sori la kwn2..aku terlaser sket..bkn ape tau..aku rs sedih sgt..ada jgk parent yg mcm tu no..

bukan mahai pun klu ko tukar puting susu baru...beli sabun botoi susu utk bersihkan botoi dgn puting pun lg elok! tak de la lemak susu yg melekat!

sori yer kwn2..aku melaserkan mulut n jari tanpa insurans!

keputusannya..puting susu n penutup puting tu aku dah buang dalam tong sampah! tak tergamak aku nak pulangkan kat taska tu balik! sbbnya..aku kesian kat budak yg punya puting tu!

sudah kembali aktif!

selamat kembali ke blog http://alifick.blogspot.com/!

sori la kengkawan..aku sengaja private kan aku punya blog sbbnya aku nak hias cantik2 sket blog ni! tp tu la..aku tgk kat rmh layout dia mmg dah ngam..tp bila mai opis, buka kat opis, layout dia terlalu besar la plk..klu ble nak mintak kerjasama kwn2 la klu korg tgk ada cacat cela kt layout aku tlg inform yer..hehe..

tembamnya aku!